Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah dosa-dosaku yang telah banyak aku lakukan..Ya Allah, janganlah KAU jadikan dosa-dosa tersebut sebagai halangan untuk aku memperoleh cahaya HidayahMU ya Allah....
Tadi aku baru terbaca satu blog, dan ianya mengingatkan aku tentang sesuatu. Selama aku berblogger nie, aku terlupa pentingnya untuk kita memanfaatkan sesuatu pemberian.
Aku lupa oleh dunia ini. Kadang-kadang aku langsung lupa siapa yang memberi kesenangan kepada aku. Inilah yang dikatakan ujian kesenangan. Kalau rakyat palestine bertemankan bom dan bunyi tempakan setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, aku sepatutnya bersyukur kerana aku bukan berada dalam keadaan itu.
Tapi masyarakat kita dah lupa itu semua, including me...........
So, dengan azam dan semangat yang baru, aku ingin memulakan sesuatu yang baru demi kepentingan umat Islam sejagat..Moga-moga kita semua tersenarai dalam golongan yang menyumbangkan sesuatu terhadap Islam...Amiiiiinn
No comments:
Post a Comment