Dear diari,
Aku memang pengecut! Hanya mampu memandang dia dari jauh dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kelakar kan bila orang kata akulah paling rapat dengan dia sedangkan hati kami berdua semakin lama semakin jauh.
Kenapa aku ditakdirkan jatuh cinta dengan dia? Kenapa Mia? Ya Allah, perasaan ini amat menyesakkan dadaku. Aku gelisah dan tak mampu berfikir dengan waras. Am I crazy? Yes!
23 May 2006,
Dear diary,
Today's Mia birthday and I've decided 2 tell her everything 'bout my feelings but.....something was bothering me..Seems like she interested with someone else..what should i do?
Bacaan Mia terhenti. Perlahan-lahan air matanya gugur. Tidak disangka bahawa Danial berahsia dengannya tentang hal ini. Selama lima belas tahun mereka berteman, tidak ada rahsia antara mereka dan dia sedih kerana Danial memendam perasaan selama berbelas tahun.
Helaian diari itu diselak lagi. Dan semakin sampai ke penghujung diari itu, semakin lebat air mata yang jatuh berguguran. Sungguh, bukan ini yang diharapkan!
No comments:
Post a Comment