Muziklah yang mempertemukan mereka 15 tahun yang lalu dan dalam tempoh ini juga, persahabatan yang akrab terjalin.
Bagi Mia, Danial adalah seorang sahabat yang memahami. Sesiapa yang melukai Danial ibarat melukai dirinya juga. Sayangnya pada Danial tiada siapa yang tahu dan dia yakin, sayangnya adalah sebagai seorang sahabat 100%.
15 tahun! ya, lima belas tahun dia menyimpan perasaan pada Mia Qaisyara. Lima belas tahun juga dia terpaksa bermain dengan perasaannya sendiri. Dia takut jika Mia tahu rasa hatinya, persahabatan ini akan menjadi sia-sia...Danial Hakiem mengeluh..
Kehadiran seorang lelaki ini telah mengubah keadaan dalam sekelip mata sahaja. Danial Hakiem kecewa dalam diam, Mia Qaisyara yakin, lelaki inilah yang akan berkongsi hidup dengannya kelak.
Apa yang akan terjadi? Siapa lelaki itu? Apakah kesudahan cinta Danial Hakiem?
No comments:
Post a Comment